Islam Adalah Hidup Matiku


Islam adalah hidup matiku
Lebih kusayang dari diriku sendiri
Aku tidak dapat membezakan Islam dengan diriku
Dengan darah dagingku, dengan akal fikiranku, dengan jiwaku


Dari kecil lagi aku dididik begitu
Kalau aku miskin pun biarlah dengan Islam

Kalau aku kaya pun tetap dengan Islam
Islam darah dagingku

Aku mesti perjuangkan setiap waktu
Aku rasa lapang dan luas dengan Islam
Aku rasa senang dan tenang dengan Islam

Kalau aku diasingkan kerananya, uzlahlah aku
Kalau aku dibuang, berkelanalah aku
Kalau aku dihalang, ibadahlah aku

Di samping menulis idea-ideaku
Aku tidak terasa susah dengan Islam
Bahkan aku rasa kenyang dengannya selalu
Sekalipun fizikal lahirku adakalanya susah dan terhalang

Tuhan, tetapkanlah hatiku dengan Islam
Hidupkan aku dengan Islam
Susah dan payahku dengan Islam

Miskin dan kayaku dengan Islam
Berkawan dan bermusuh pun dengan Islam
Penutupnya hidupku dengan Islam
Islam adalah hidup matiku

Tuhan, begitulah harapanku dengan-Mu
Kabulkanlah permintaanku Tuhan!

Selepas Subuh